24.6.08

Noah...Anoaha

My mind still cant quite grasp of the event that occur last night, felt for a moment, as if I was living through a dream. Of the visitors, of the fragrance, fragrance from the other side, the fragrance that my heart yearns to smell till this moment, syukur ke hadrat ilahi kerana mengizinkanku merasa nikmat bau-bauan yang teramat indah, seakan bauan kasturi….bau-bauan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata…bau-bauan yang sehingga kini amatlah ku rindui….of the advices, of the illness, of the surgery, of the wisdom and the story. That night, I bridge the invisible and the visible. That night will forever be chisel to my memory, as I have witness, as in ’aku naik saksi’ and from now onwards to seek witness the words of God and Sunah Rasul and be what is ordained upon us. My mind cant quite grasp, and it is difficult to with our kudrat, but only with mercy….patience is the key..to observe and to feel contemplate…to read and to hear…. Most importantly, to see with inner eyes and not the mind…. Those were the advice from the wise one…

'Setitis susu ibu, jika dibandingkan dengan segunung emas, adalah lebih berat lagi setitis susu itu'

Susu ibu yang menjadi darah kepada bayi-bayi, hakikatnya pada zaman ini telah menjadi seseuatu yang dipandang enteng oleh ibu ibu. Mereka lebih mementingkan soal kerja, sehingga sudah kita saksikan diwaktu ini, bayi yang putus susu seawal 2 bulan. Maka, menjadi satu tanda persoalan, dimanakah kewajipan utama seseoran ibu itu setelah selesai tugasnya selama 9 bulan. Apakah tidak mereka sedar bahawa tugas seterusnya ialah memastikan perkembangan sahsiah anak yang dibawa ke muka bumi, dan langkah pertama yang menjurus ke arah itu adalah dengan menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Dan bukanlah dengan susu-susu lembu. Sekiranya susu badan itu tidak penting, masakan agama begitu menekankan susu ibu, sehingga dibenarkan oleh ibu lain untuk menyususukan bayi sekiranya ibu kepada bayi tersebut tidak mampu untuk melakukannya.


Para Wali pernah berkata, 'Setitis susu ibu, jika dibandingkan dengan segunung emas, adalah lebih berat lagi setitis susu itu'. Begitulah hebatnya susu ibu.

Kita lihat pada generasi ini, yang lazimnya boleh dipanggil generasi 'lembu', agak kasar bunyinya tetapi itulah hakikatya. Generasi yang diberi susu lembu, dan sahsiah diri insan yang diberi susu tersebut,sekiranya tidak dipimpin dengan betul,akan menjadi seakan sahsiah lembu jua. Masakan dapat dinilai insan dengan insan, haiwan bersama haiwan. Kajian-kajian scientific telah membuktikan dari sudut kesihatan, tentang bayi-bayi yang mendapat susu ibu, dan bayi-bayi yang mendapat susu lembu. Kita pegang sahaja bayi dan dengan pejal berat badannya sudah kita ketahui dan boleh buat perbandingan yang mana satu bayi sihat, dan sebaliknya. Begitulah jua dengan ibu-ibu yang menyusukan anak, tidak perlu dibimbangkan hormon badan tidak sempurna, dan tidak perlu dibimbangkan naiknya berat badan. Namun, science tidak dapat menghubungkan sahsiah insan dan susu ibunya. Ini memerlukan satu kajian yang sangat mendalam dan hipotesisnya akan mengundang banyak persoalan.

Mungkin umum boleh mengatakan penulis tidak ada hak untuk mengatakan sesuatu yang belum pernah dilalui sendiri. Penulis belum menjadi seorang ibu, dan belum jua menjadi seorang isteri. Namun, garis ketetapan islam sudah ada, dan setiap ketetapan itu ada hikmahya. Sekiranya kita menggunakan akal untuk berfikir, dapatlah kita hubungkaitkan antara kepentingan menyusu dan sahsiah diri.

Penulis hairan, mengapa ibu-ibu pada zaman ini tidak menyedari perkara ini? Tidakkah mereka sedar, dengan bersusah selama sekurang-kurangnya 18 bulan untuk menyususukan anak, kemungkinan sepanjang hidupnya membesarkan anak akan menjadi lebih mudah? Mungkin ibu-ibu pada zaman ini jua tediri daripada generasi 'lembu' dan menghasilkan anak anak 'lembu'.

Kita hidup pada generasi segalanya diambil mudah, bayi yang didalam perut discan berkali-kali tanpa memikirkan kesan jangka panjang, hal jantina bayi , kesihatan bayi, adalah urusan Allah dan siapalah kita untuk mengetahui urusan tersebut? Ditambah pula sekarang ini kita dengar terdapat cara-cara untuk memilih samada anak yang dikandung itu, lelaki atau perempuan. Siapalah kita untuk mencampur urusan-Nya? Zaman nenek moyang kita tidak pernah melakukan pembedahan cesarean. Sekarang, asal lambat sahaja terus dipotongnya. Sudah dinyatakan, sakitnya bersalin itu, sekiranya ibu itu syahid ketika bersalin, maka tempatnya adalah di syurga. Tidakkah kita sedar sakit bersalin itu satu perihal yang akan dilalui oleh wanita? Dan siapakah kita untuk menidakkan kesakitan itu? Dengan segera ditepuk belakang bayi sesudah bersalin untuk mengeluarkan kahak, maka terputuslah kerohanian bayi itu dengan alam sebelumnya, seharusnya kahak bayi itu dikeluarkan dengan cara dikaut kedalam mulutnya. Dan bukanlah sekali-kali ditepuk dibelakangnya.

'MELENTUR REBUNG BIARLAH DARI BULUHNYA' ......... MUNGKIN SELAMA INI SILAPNYA KITA DI SINI, DENGAN MENGAMBIL KIRA SESUDAH MENJADI REBUNG, DAN BUKANNYA SEMENJAK DARI BENIH LAGI......

Cetusan Pemikiran Pak Belalang

‘ Apalah gunanya menyarung pakaian yang dianggap barmaruah kalau seseorang itu tidak punya maruah diri? Apa gunanya menampal pelekat bertulis 'kami adalah khalifah Allah' dan menjajanya ke sana sini kalau seseorang itu tidak mampu menjadi khalifah mentadbir diri sendiri? Kenapa berpura-pura memiliki iman sedangkan tingkah laku membayangkan sebaliknya? Kenapa menyanggupi amanah agama Islam dan berlagak seolah olah itu harta persendirian sedang pada hakikatnya apa yang ditonjolkan ialah pengkhianatan terhadap amanah dalam tindak tanduk diri terhadap alam semesta dan sesama manusia? Kenapa berpura-pura berkata bahawa agama islam telah memberikan kepadamu peradaban dan kehalusan budi pekerti sedangkan kamu berlagak seperti kaum biadap, menyalahi ajaran agama Islam?'

Cetusan Pemikiran

Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Mingguan Malaysia, Ahad, 22 Jun 2008