22.8.08

Poligamy-Written By Mrs Hazril aka kak Fizah

My Cousin, Kak Fizah wrote this and publish it on the friendster Bulletin. I find it to be a very mature writing and comprises of everything that Men seems to be missing nowadays whenever they talk/proposed the idea of poligamy. I must say, i am very pleased to read the entry and more pleased to know that it is written by my own cousin. :)

Pd usia 40-an ke atas, mungkin hormon mereka berubah agaknya!.Perbualan yg pd mulanya hanya main-main sj kdg2 hilang arah hingga tak terkawal lg,cerita-cerita hal rahsia suami isteri pun dijadikan bhn lawak yg menjijikkan.Padahal Rasulullah s.a.w amat menegah perbuatan sebegini,Baginda tlh bersabda yg bermaksud:"Jgnlah kamu lakukan itu (membuka rahsia perhubungan suami isteri kpd org ramai) krn perbuatan seperti itu umpama perbuatan syaitan lelaki bertemu dgn syaitan perempuan lantas berzina dengannya,sdgkan org ramai melihat mereka."(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Konsep keadilan terlalu brt dijalani melainkan bagi lelaki yg benar2 beriman & ikhlas niatnya krn mahu membela nasib wanita.Tetapi sayang,hasrat yg baru muncul itu timbul krn dorongan nafsu.Ramai lelaki tak beriman menyalahgunakan keizinan agama utk melakukan poligami.Lelaki yg berfikiran waras & berhati bersih serta jujur mengetahui kelemahan dirinya pasti akan merasa takut memikirkan betapa beratnya beban melakukan poligami.Lelaki yang sibuk membanting tulang utk keluarga di samping kuat beribadat & amanah,tak akan sempat membayangkan nikmatnya berpoligami.Masa yg diberikan Allah Taala seolah-olah tidak cukup utk memenuhi segala tanggungjawab dirinya sbg lelaki harapan masyarakat,ibu & bapa,sbg suami & ayah.

Seperti mana yg tlh berlaku kpd seorang sahabat Rasulullah s.a.w Abu Darda' r.a. Beliau menjauhi isterinya krn sibuk bekerja & beribadat hingga menyebabkan keadaan isteri tidak terurus akibat tidak disentuh oleh suami yg sentiasa sibuk. Pd suatu hari datanglah Salman al-Farisi menziarahi keluarga Abu Darda',isteri Abu Darda' ditanya mengapa tidak berhias untuk suaminya.Beliau menjawab:"Saudaramu Abu Darda' tidak memerlukan dunia."Salman menasihati Abu Darda':"Sesungguhnya dirimu mempunyai hak,Tuhanmu mempunyai hak,tetamumu memiliki hak,isterimu juga memiliki hak.Berikanlah hak kpd yg berhak memilikinya".

Kalau seorang isteri pun belum mampu ditunaikan haknya dgn sempurna bagaimanakah mahu menambah koleksi baru.Alangkah peliknya lelaki yg mengaku layak berpoligami tp tak sempurna solatnya,hidup menumpang harta isteri,tidak ambil kisah ttg perkembangan anak-anak.Berlainan halnya dgn lelaki kaya & berjawatan tinggi,mungkin Mahkamah Syariah dgn senang boleh meluluskan permohonan mereka,tp bagaimanakah beban psikologi yg terpaksa ditanggung oleh isteri & anak-anaknya.Tidak ada wanita yg mahu dimadukan melainkan wanita yg bersifat diluar kebiasaan.

Bukan hendak menafikan hukum Allah Taala kpd suami yg mampu dalam hal nafkah utk berpoligami tetapi soal hati tetap menjadi masalah terbesar yg wajib diuruskan segal haknya.Mungkin iman anda & isteri akan tercabar,mungkin ibadah & keikhlasan akan surut diburu oleh kebencian,kebohongan & mahu membalas dendam.Sampai bila hati dibiarkan rosak,adakah berbaloi menelan kepahitan sampai agama tercabut dari hati isteri lama yg malang & isteri baru yg selalu kena seranng?Melainkan isteri lama tidak ada pilihan lain tempat dia bergantung.Hanya mampu menelan kepahitan dgn redha krn harapkan belas kasihan Allah Taala di akhirat nanti.Kalau mahu bercerai & mulakan hidup baru, dia mesti menerima risiko yg berat & terpaksa ditanggung sendirian.Bagaimanakah dgn nasib anak-anak? Isteri yg kaya & bekerja mungkin tidak merasa terbeban hal kewangan jika bercerai tetapi tanggapan masyarakat pasti akan memandang keji ke arah seorang janda. Beban emosi yg kejam sebegitu terpaksa ditanggung juga.

Setiap kali perceraian berlaku,masyarakat pasti menyalahkan isteri yg tak pandai jg suami.Padahal dlm Islam di tgn suamilah segala amanah keluarga itu dibina.Dialah pemimpin, knp harus isteri yg disalahkan?Jika isteri tak baik pun,itu juga merupakan salah suami juga krn dia tak membaiki isterinya.Cubalah koreksi diri sebelum menyalahkan isteri.Sebenarnya sikap suami amat berpengaruh terhdp tingkah laku isteri.Isteri anda OK tak?Pasti kerana kelemahan anda jg, wahai para suami.Jgn lari dr kelemahan diri sendiri dgn cara berpoligami!

1 comment:

Anonymous said...

wah?she did really2 wrote this?wow