28.9.08

27 Ramadhan 2008

Ramadhan ini,
Entah aku sendiri kagum,
Sekalipun tidak menang,
Tetapi tidak tewas sepenuhnya,
Kerana sekurang-kurangnya,
Aku berusaha mengenali musuhku sendiri,
Dan aku berusaha mendapatkan keredha’anNya.

Ramadhan kali ini,
Sangat bermakna untukku,
Merindukan malam tiba,
Menantikan indahnya suara muazin melaungkan azan,
Dan aku menyahut seruannya,

Aku menantikan takbir raya di pagi Syawal,
Semoga bertemu lagi Ramadhan,
Aku pasti merinduimu.

No comments: