Susu ibu yang menjadi darah kepada bayi-bayi, hakikatnya pada zaman ini telah menjadi seseuatu yang dipandang enteng oleh ibu ibu. Mereka lebih mementingkan soal kerja, sehingga sudah kita saksikan diwaktu ini, bayi yang putus susu seawal 2 bulan. Maka, menjadi satu tanda persoalan, dimanakah kewajipan utama seseoran ibu itu setelah selesai tugasnya selama 9 bulan. Apakah tidak mereka sedar bahawa tugas seterusnya ialah memastikan perkembangan sahsiah anak yang dibawa ke muka bumi, dan langkah pertama yang menjurus ke arah itu adalah dengan menyusukan anak dengan susu badan sendiri. Dan bukanlah dengan susu-susu lembu. Sekiranya susu badan itu tidak penting, masakan agama begitu menekankan susu ibu, sehingga dibenarkan oleh ibu lain untuk menyususukan bayi sekiranya ibu kepada bayi tersebut tidak mampu untuk melakukannya.
Para Wali pernah berkata, 'Setitis susu ibu, jika dibandingkan dengan segunung emas, adalah lebih berat lagi setitis susu itu'. Begitulah hebatnya susu ibu.
Kita hidup pada generasi segalanya diambil mudah, bayi yang didalam perut discan berkali-kali tanpa memikirkan kesan jangka panjang, hal jantina bayi , kesihatan bayi, adalah urusan Allah dan siapalah kita untuk mengetahui urusan tersebut? Ditambah pula sekarang ini kita dengar terdapat cara-cara untuk memilih samada anak yang dikandung itu, lelaki atau perempuan. Siapalah kita untuk mencampur urusan-Nya? Zaman nenek moyang kita tidak pernah melakukan pembedahan cesarean. Sekarang, asal lambat sahaja terus dipotongnya. Sudah dinyatakan, sakitnya bersalin itu, sekiranya ibu itu syahid ketika bersalin, maka tempatnya adalah di syurga. Tidakkah kita sedar sakit bersalin itu satu perihal yang akan dilalui oleh wanita? Dan siapakah kita untuk menidakkan kesakitan itu? Dengan segera ditepuk belakang bayi sesudah bersalin untuk mengeluarkan kahak, maka terputuslah kerohanian bayi itu dengan alam sebelumnya, seharusnya kahak bayi itu dikeluarkan dengan cara dikaut kedalam mulutnya. Dan bukanlah sekali-kali ditepuk dibelakangnya.
'MELENTUR REBUNG BIARLAH DARI BULUHNYA' ......... MUNGKIN SELAMA INI SILAPNYA KITA DI SINI, DENGAN MENGAMBIL KIRA SESUDAH MENJADI REBUNG, DAN BUKANNYA SEMENJAK DARI BENIH LAGI......
No comments:
Post a Comment